Sejak putus dengan kau aku da mula flirting dengan ex lama aku. Kesian kau kalau kau tau mesti ko kate aku jahat sebab straight away after clash dengan kau da kuar dengan jantan lain. Tapi semua aku layan untuk hilang rasa bosan dan rase lonely aku nih. Dan lately berlaku lah sesi meluahkan perasaan terpendam pada ex aku yang pertama si F. To be jujur, yup aku masih ade rasa sayang pada si F dan malam tu aku admit dekat dia yang aku masih ade perasaan sayang pada dia. Dan dia pon macam tu jugak. Masih sayang aku dan berharap antara kitorang akan menjadi balik. Tapi aku cakap terus terang sama itu mamat yang even aku sayang dia tapi perasaan aku hanya setakat itu sahaja. Untuk terima dia balik dalam hidup aku and buat laki aku of coz la tidak. Aku tak blh trima perangai raja setan ko dulu tu. Ko gi cari pompuan yang da kene tebuk tupai untuk buat bini sebab itu yang selayaknya untuk ko. Sape soh ko main pompuan belakang aku mase kite kapel dl. Simpan aku yang suci muci ni untuk stok bini ko dalam masa yang sama ko pi main betina kan. Of coz la aku reject ko bila ko mintak kapel balik. Even aku tau ko da insaf tp utk terima ko lebih dari sahabat my answer is NO WAY!
Dan lately pon bila kita jadi rapat balik membuatkan aku bukak mata dan bukak fikiran yang selama ni macam tertutup sempit je pada kau. Ekceli da tau perangai kau yang ntah pape tu tapi nape la aku bodo sangat nak layan ko lagik ek. Bila something happened first thing came out from ur mind is put blame on me. Semuaaaa salah aku. Dah tu ko tu bagus sangat ke? Owh aku ajak kua last minit pastu kete bapak ko gune ko salahkan aku. Aku ajak kua pas keje tetibe ko da janji dengan kawan ko nak kua gak ko salahkan aku jugak. Hallo, ko cakap jela elok2 yang ko da hal lain, kete takde tak payah nak cakap benda yang menyakitkan hati aku. Last2 aku yang kau salahkan sebab ajak last minit. Suda lah kau. Tak guna. Selalu je pandang rendah kat aku macam aku hadap sangat ngan kau.
Dan bila keadaan macam ni terjadi buatkan aku rasa ex aku si A adalah lelaki yang terbaik yang penah muncul dalam hidup aku. Nak marah aku jauh sekali lah kan. Dia sangat menjaga hati aku, cuba untuk buat aku gembira dan cuba sedaya upaya utk penuhi kehendak aku. Indah sangat bila kenang balik macam mane care si A menjaga hati aku. Sanggup berkorban ape sahaja untuk aku. Kalau nak temankan aku memang penat dia tolak tepi. Kalau aku mintak tolong tak pernah berkata tidak. Tapi kenapa ek perasaan sayang aku pada kau hilang. Jadi menyampah pulak mase ujung2 bercinta tu. Last2 kau decide tinggalkan aku.
Dan aku rasa macam aku rindukan kau. Tapi bila aku kaji dalam2 sikit aku bukan rindukan si A tapi aku rindukan layanan si A pada aku. Rindukan bagaimana si A jaga hati aku, buat aku hepi, tolong aku sepenuh hati. Dan saat ini hati aku masih keras seperti kerak nasi yang da kering giler. Hati aku masih tegar untuk tidak menerima A kembali dalam hidup sebab da memang rasa cinta sayang dan rindu tu takde dalam hati ni untuk dia. Jadi better aku chow. Ko pon jangan la berharap pada aku lagi. Kita da macam takde harapan da. Lagi pon ko macam jauh la. Oh ye, jangan kate kau, aku ni pon suspen jugak nak tau keputusan posting ko. Agak2 ko dapat negeri kau ke dapat semenanjung ek. Dulu mase isi borang ko letak nak posting kat semenanjung sebab ko nak dekat dengan aku la konon. Sekali last2 putus. Kehkeh. Kesian ko. Tapi aku tak pengaruh pape keputusan ko untuk posting semenanjung , ko yang decide sendiri. Aku siap galakkan kan ko untuk posting kat negeri kau sebab nak soh ko berbakti pada mak ayah kau. Lagi pon mase tu aku da rase da kita macam takde harapan sebab tu aku galakkan ko posting kat negeri ko sendiri. Last2 ko pilih semenanjung. Kalau la ko dapat sini, haru gak aku kan. Ape plak kate mak ayah ko kan. Tapi if ko dapat semenanjung macam ade possibilty balik untuk kite kapel balik sebab kita da dekat. Aku ni kan perasaan macam ribut taufan. Tak menentu dan tak tentu pasal. Hahahaha..
Okelah. Nanti luah lagi....Sukenye dapat luah tanpa perasaan takot sebab takde sape2 tau belog aku nih...huhuhu
Friday, November 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment