Thursday, July 15, 2010

Sarang Jiwa - Siri 1

,
Apakah makna cinta tu kalau langsung takde perasaan rindu? Status adalah 'in a relationship' tapi perasaan sayang tu da takde, rasa rindu da lama berkubur?? Itulah yang aku alami dengan ex boyfren aku yg kedua(si A) sampailah membuatkan aku memutuskan untuk putuskan hubungan. Cukuplah sampai di sini. Dari aku terus seksa kehidupan kau.

Terpulanglah kalau nak kate aku kejam. Tapi adalah lagi kejam kalau aku terus berpura-pura cintakan kau sedangkan hati aku tak lagi rela. Tapi bukanlah sepanjang dari kita mula bercinta sampai kite putus aku takde perasaan tu. Perasaan tu pernah wujud. Dan semasa ia wujud, aku akui ianya sangat indah. Perasaan yang dibuai dengan rasa sayang dan cinta, lama tak berjumpa rindu mula meraja. Wah, ayatt~~

.....'saya rindu awak sampai saya rasa nak menangis, cepatlah balik'.
Ayat ni pernah aku ungkapkan saat dia jauh sertai program daki gunung nuang. Coverage takde menyebabkan rindu aku menggunung kalah gunung nuang yang dia daki.

.....'saya cinta awak sorang. hanya awak. berjanjilah untuk menjadi suami saya'
Ayat ini juga untuk dia. Tapi itu semua hanya kata2 di bibir. Ye bibir aku bukan bibir dia.

Aku tau kau tuduh aku tidak menepati janji. Mungkir janji yang aku tabur. Aku telan sume yang engkau kate. Sebab ternyata ia memang salah aku.

Aku tak tau kenapa perasaan aku pada kau mudah berubah. Yang pasti aku tak tau ape yang aku mahukan dari kau. Dan kerana itu juga aku tak pasti apa yang patut aku beri pada kau. Aku keliru dan aku tarik engkau untuk turut sama keliru.

Tapi, engkau adalah lelaki yang paling sabar yang pernah aku jumpa. Sumpah, mmg engkau sangat sabar layan aku yang macam2 kerenah ni. Terima kasih. Memang aku tak kenang budi, sbb aku tak pandai nak balas budi kau. Sebab budi yang kau tabur tu hanya boleh dibalas dengan mencintai kau. Tapi itulah yang aku gagal untuk laksanakan. Tapi semoga tuhan balas dengan mengurniakan kau dengan cinta dari perempuan yang mencintai kau. Mungkin aku bukan orangnya. Bukan. Kerana percintaan kali kedua dengan engkau juga gagal.

Ohya, ini bukanlah kali pertama kami putus. Kali kedua dan kedua2nya aku yang putuskan. Jahatkan aku. Mungkin. Tapi perlu aku ingatkan yang cinta melibatkan perasaan. Perasaan bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa, boleh direka, boleh dicipta kalau hati tak rela.

Aku pernah sayang kau.
Aku pernah cinta kau.
Aku pernah rindu kau.
Aku pernah kasih kau.

Tapi itu dulu. Kalau ditanya kemana semua itu menghilang. Jawapan cliche aku----> 'AKU PON TAK TAU'. Jujur. Aku pon tak tau. Mungkin cinta dan kasih aku pada kau bukanlah yang sejati, sebab itu ia mudah goyah, mudah hilang, mudah pudar. Mudah datang dan pergi.

Aku tak tau lah samada aku menerima kau kerana kepentingan aku. Tapi aku tak rasa begitu kerana itu bukanlah prinsip aku. Aku bukan jenis pengambilan kesempatan. Lagi kau takde ape2 yang boleh aku pergunakan dan diambil kesempatan.

Kadang-kadang aku rasa jawapan kepada keputusan aku utk putuskan hubungan adalah kerana engkau membosankan. Dari awal percintaan, macam tu ajelah kau. Aku tau kau masih belajar tak punya duit untuk berbelanja besar. Tak, bukan maksudnya aku nak kikis duit kau. TAK. Maksud aku, aku nak kau berbelanja untuk diri kau sendiri. Sekurang2nya beli sedikit baju baru, seluar jeans baru supaya takde lah setiap kali kite keluar kau pakai baju yang sama. Aku bosan.

Aku takdelah terlalu suke lelaki yang terlalu berstyle, sebab aku tau aku pon tak seberapa. Tapi sekurang2nya setiap kali kite berdating aku cuba cari baju yang belom pernah aku pakai depan kau supaya aku sentiasa nampak 'fresh' dengan kau. Dan supaya kau tak malu berjalan sebelah aku.

Kalau kau perasan, baju itulah yang kau buat pegi kelas, baju itu jugak kau pakai basahan, baju tu jugak kau bawak pegi dating. Sebab tu kalau kau penah ingat, ade sekali tu kite kua kite bergadoh dalam kete sebelum sampai ke mall, dan aku bagi warning kat kau supaya kau jangan turun, tunggu je dalam kete bia aku kua kejap masuk mall gi beli compact powder. Kau pun akur dan tunggu je kat tempat parking. Kau tunggu dalam kereta yang kau pinjam dari member kau. Kereta pon kau kena pinjam. Sadis ko.

Kalau kau nak tau, aku tak suka pinjam barang orang. Sebab tu aku pgg prinsip yang even benda remeh cam stationery bodoh2 pon aku akan beli sebab aku tak suke bile aku nak pakai benda tu takde dan aku kene pinjam orang. Aku tak suke meminjam sebab aku tak suke wat muke senyum sumbing depan pintu bilik orang cakap baik2 kate nak pinjam barang sedangkan before tu mmg aku jarang bertegor dengan orang tu. Nanti bila orang tu bagi pinjam nanti aku akan terharu dan rasa bersalah sebab sebelom ni tanak tegor sgt dia. Nanti next time aku akan terpaksa tegor orang tu sbb aku terhutang budi. Aku tak suka terhutang budi banyak sangat ngan orang aku tak kenal, nanti susah nak bayar balik budi orang.

Tapi aku suka tabor budi pada orang. Aku suke orang cari aku bila dia susah, aku akan sama2 settlekan masalah orang bia pon aku penat. Aku suke bila orang datang pada aku ceritakan masalah dia pada aku sebab dia percaya aku boleh tolong dia. Aku mmg suke tlg org ade masalah. Iye, itu aku. Pelik ke?? Sebab scr psikologinya bila orang wat macam tu buatkan aku rasa aku dihargai, aku ni berguna dan dipercayai. Dan aku mmg betol2 ikhlas nak tolong org tu. Sebab aku suke tolong.

Oke rasenya cite ni da terkeluar landasan. Berbalik kepada cite tadi, pasal A kene dok lam kete meanwhile aku masok mall. Kau nak tau sebabnya??? Sebab aku malu nak jalan sebelah kau sebab kau pakai baju selekeh dan seluar yang da lusuh sedangkan mall yang kite nak masok tu sume orang pakai bergaya2. Dan aku tak boleh halang pemikiran aku dari berfikir 'kalau teserempak dengan kawan2 aku cane?? kalau terserempak dengan ex bf (si Z) aku cane???!!'

EX BF?? pehal aku nak kene fikir dia lg??

Ni satu lagi pengakuan jujur. Aku tak tipu yang aku masih teringatkan ex bf aku yang pertama (si Z) aku yang bangang tu. Mmg dia bangang tapi aku masih sayang dia sebab dia first love aku. Mmg bahaya penangan first love, susah nak lupe. Dan mungkin kerana pertama kali aku kenal cinta, aku bercinta dengan lelaki yang gemar bergaya. Ye itulah dia si Z yang gemar berfesyen. Dan dia suka aku bergaya mengikut fesyen semasa. Dia selalu request kat aku 'awak pakailah tudung mcm tu, cantik..' Masa tu fofular fesyen wardina. Setiap kali aku keluar dengan Z aku, aku rasa seronok dan bangga jalan sebelahnya kerana dia ade gaya. Aku tau bf aku hensem. Jahatkan aku. Tapi aku tau, ntah2 dia request aku soh berfesyen sebab pada mata dia aku ni selebet dan tak style. Cam kampong, cam haram.

Tapi semakin lama aku bercinta dengan dia aku makin suke bergaya, kerana aku cuba untuk kelihatan bergaya depan dia supaya dia sentiasa sayang aku, tak cari pompuan lain. Tapi rupenya bukan itu yang dia mahukan supaya dia kekal dengan aku sampai mati. Dasar lelaki bodoh. Bangang. Bongok. Mujur aku bijak. Dan kau masih hormat aku. Tapi sampai sekarang aku masih sayang kau. Tak pernah padam. Even kau ade sejarah hitam. Tapi kau cube jauhi aku sebab kau tau kau tak layak untuk aku. Aku juga sayang kau.Tapi aku tau sayang aku dengan dia tak kemana. Bodoh lah aku kalau nak kembali ke jantan yang tak tau jaga diri tu. Ye dia bodoh dan bangang, ex bf yg petama yang bodoh dan bangang. Mujur aku tak dirosakkannya sebab aku pandai jaga diri. Terima kasih mak ayah sebab bekalkan anak mu ni dengan hukum hakam agama.

Tapi even aku da sepatutnya da melupakan Z yg bangang tu, tapi aku tetap masih sayang pada dia. Bemakna aku lagi bangang. Even mase tu aku da couple dan declare dgn A, aku masih senyap2 mesej Z btau yang aku keliru dan masih sayang dia until la terkantoi dengan A sbb dia bace mesej2 aku lam friendster. Mmg macam nak gantung jek diri sebab terkantoi mase tu. Tapi kan aku da kate, A tu sabar sesabar sabarnya. Dia da sayang aku sangat dia takkan nak putusnya. Dan kerana insiden ni aku insaf dan sejak tu takde lagi dah aku berhubung dengan Z even setiap mase aku terfikir dia da jumpa ke pengganti aku. Jahatkan aku.

Kalau dulu setiap kali dating dengan Z, dia jemput aku naik kete. Aku dok lam aircond. Best leh dgr n nyanyi lagu sesama lam kete. Tapi bila bercinta dengan kau, aku kene naik bas. Bas panas. Even ade aircond, tapi bau ketiak orang lain lam bas tu lagi kuat dari bau aircond. Aku tak suke.

Tapi aku belajar untuk suke sebab aku tau idop tak semuanya indah. Kadang2 aku rasa jeles ngan member2 aku yang lain sebab diorg pegi dating naik kete. Tak payah himpit2 dalam komuter. Nampak kelas la cikit. Tapi aku dengan kau low class cikit kene naik bas. Mana aku tak demand sebab graf keseronokan percintaan aku bila dengan kau adalah menurun kalau nak dibandingkan dengan Z.

Ko bayangkan. Dulu aku dimanjakan pegi dating naik kete. Aircond. Bila dengan kau naik bas panas2. Mekap tebal2 pon tak guna sebab nanti akan cair. Baju gosok licin2 pon nanti kedut2 balik. Baju kering pon jadi basah lagi2 kat ketiak pon jadi basah sebab bepeluh tunggu bas tak datang2. Pakai deodorant bergelen2 pon nanti ketiak hangit jugak sebab berpeluh tunggu bas. Pakai minyak wangi setengah botol pon rugi jek nanti bau tu ilang ganti bau asap bas. Pastu dlu tgk Z sedap je mata memandang sebab dia pandai bergaya. Tapi dengan engkau belom jumpa pon aku da agak kau pakai baju ape seluar ape. Bosan. Jadi dari bf yg best, aku beralih kat engkau yang kurang best. Jadi aku bosan. Sebab kau membosankan tak macam Z. Jahatkan aku.

Aku bosan dengan kau jugak sebab kau membosankan. Setiap kali keluar kau tak tau nak entertain aku. Aku jek yang nak kene pk setiap kali keluar nak wat ape. Balik2 tgk wayang. Bila tengok wayang pon balik2 aku jugak la nak kene pilih movie ape nak tgk. Bila aku tnya kau nak tgk cite ape, kau jawan 'Tak tau'. Aku bosan. Bila time makan, aku tanya kau nak makan ape. Kau jawab 'Ntah la. Tak tau'. Aku bosan. Bila nak gi jalan2, aku tanya nak gi mane, kau jawab 'Ntah la, tepulang la kat awak'. Aku bosan. Bila aku tanya kol bape nak balik kau jawab 'Ntah lah, sukati awak'. Aku bosan. Sebab tu aku malas nak kua dengan kau sebab sumenye same je dengan dating2 yang lepas. Ko membosankan. Tau tak??

Sebab tulah aku berani kate cinta aku pada kau bukan cinta sejati sebab aku tak dapat nak terima kau apa adenya. Kan orang selalu kate, cinta sejati bila pasangan tu boleh terima baik buruk pasangannya. Tapi bukan aku. Aku tak dapat terima kekurangan kau. Dan kerana itu cinta aku pada kau makin lama makin tawar. Aku tau akulah manusia paling bodoh kerana tidak tau menghargai kau. Sebab aku tau kau adalah lelaki yang baik. Solat jaga. Tak merokok. Behavior mmg tip top lah. Tapi ape guna aku bercinta tapi hati aku separuh2 jek.

Dan. Aku rasa tiada lagi percintaan fasa ketiga dengan kau. Bukan aku taknak tapi aku takut. Takut buat kesekian kalinya aku akan kecewakan kau. Kalau lepas ni aku berhajat untuk kembali pada kau pon, mungkin aku akan halang perasaan tu. Sebab aku tak sanggup untuk kecewakan kau buat kali ke tiga.

Kau belajarlah terima hakikat bahawa kite mungkin bukan ditakdirkan bersama. Cubalah mencintai wanita lain, wanita yang lebih menghargai kau. Dan buat kesekian kalinya aku unggapkan 'MAAFKAN AKU DARI HJG RMBT KE HUJUNG KAKI'.


.

No comments:

Post a Comment